LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Sedekah RM1 Pada Tabung Masjid Waktu Tengah Susah, Ganjarannya Selepas Itu…

coversedekah
Biasalah kalau student, mesti ada masa-masa tak cukup duit kat kampus tu. Yelah, budget mestitight, nak bahagi duit untuk makan lagi, untuk assignment lagi.
Itulah yang terjadi kepada lelaki ini. Hujung bulan duit dah kering, lagi-lagi dia ni self-sponsored, tak ambil sebarang pinjaman pelajaran untuk tanggung diri kat universiti tu. Dia bertindak melakukan sesuatu untuk memperoleh rezeki dalam waktu susah. Apa yang dilakukannya itu?

Tinggal RM5 Je!

Screenshot 2016-05-31 11.28.26
Harini 30 haribulan 5 duit aku betul-betul kering dah. Dari semalam aku cuba withdraw tapi tak boleh sebab balance tak cukup. Dalam Bank Islam baki ada RM50 memang tak boleh keluar dah, dalam Muamalat ada RM18, tapi tak boleh keluar sebab mesin ATM keluarkan gandaan 20 keatas je.
Dalam purse ada RM5. Aku ni self sponsor. Jadi setiap 1 hb tiap bulan family aku akan bank in duit. Jadi nak tunggu 1 hb, aku kena ikat perut selama 2 hari lagi. Tapi aku tak risau sangat, sebab aku still ada milo 3 in 1 tu, boleh lah aku minum yang tu dulu untuk sekadar buat tenaga selama 2 hari ni.

Sedekah Walau Tengah Tak Ada Duit…

Dengan RM5 yang aku ada, aku kena print assignment sebab kena hantar harini. Aku dah kira setiap helaian kertas assigment yang nak kena print, cukup lah semua sekali RM3.20. Jadi aku still ada balance rm1.20. Lepas aku hantar asingment dekat lecturer aku,aku lalu depan masjid, aku mmg niat nak bersedekah, sebab aku yakin Allah akan tolong aku balik, lambat dengan cepat je.
Aku masukkan RM1 je dalam tabung masjid, then balance lagi 20 sen aku nak buat beli ice ketul dekat cafe aku. Since aku ade milo 3 in 1, so just beli ice jela. Ni berlaku petang tadi je dlm waktu lunch. Lepas beli ais, habis licin lah duit aku dalam purse. Sesen pun takdak. Haha ada jugak bimbang sebab aku ni gastrik, tak boleh kalau tak makan. Tapi aku yakin adalah lah tu rezeki Allah nak kasi, lagipun 3 in 1 milo tu ada. Boleh alas perut.
Malam ni, pukul 10.30 tadi kakak aku call, dia cakap dia masukkan RM50 dalam Bank Islam aku, buat belanja sementara tunggu family bank in 1 hb nanti, sebab dia cakap hujung-hujung bulan ni takut aku kering. Allahuakbar, cepat sungguh Allah bagi rezeki dekat aku. Aku fikir jugak kenapa awal sangat kakak aku bank in, padahal 2 hari lagi nak tunggu bulan depan. Aku baru teringat, ni mungkin sebab RM1 aku sedekah dalam tabung masjid tadi. Allahurabbi, nikmat apa lagi yang ingin kita dustakan? Terang-terang dah Allah balas terus, kalau kita bersedekah.

Jangan Senyum Depan Tabung Masjid!

tabungmasjid
Walaupun takde duit macam mana pun, jangan takut nak bersedekah. Makin kau takde duit, makin kau kuat bersedekah. Begitu jugak kalau makin kau berduit, makin kerap lah kena bersedekah. Yakin dengan rahmat dan pertolongan Allah okey. Sebelum ni aku just baca cerita orang yang share pasal keberkatan bersedekah, ni kena dekat aku sendiri dan memang aku yakin Allah tu maha berkuasa lagi maha pemurah.
Saja je aku nak share biar semua dari kita jangan kedekut. Bersedekahlah. Jangan kau pergi senyum je depan tabung masjid tu, sebab senyum pun sedekah kan? Entah dekat mana aku tengok orang buat viral senyum depan tabung masjid sebab senyum pun sedekah. Jangan kau buat camtu pulak hokay. Haha aku exam esok, doakan aku. Terima kasih admin dan yang sudi baca. Moga bermanfaat.
–Busu
Sumber: IIUMC

Kredit : http://www.ohbulan.com/