Sedapnya kalau dapat makan ikan bakar cicah dengan air asam. Tapi lepas ini anda mungkin perlu kurangkan makan ikan bakar terutama sekali wanita.
Kajian mendapati, wanita yang makan ikan bakar lebih daripada sekali dalam satu minggu berisiko dua hingga tiga kali ganda untuk menghidap kanser payudara.
Ini kerana ikan yang dibakar mengandungi bahan kimia dipanggil amina heterosiklik yang terbentuk akibat pemanasan protein di atas api.
Ia adalah unsur karsinogenik yang menjadi punca kanser selain dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara.
Kajian mendapati bahawa pengambilan ikan bakar ini berkait dengan penghasilan jenis sel kanser payudara yang disebut “estrogen-reseptor positif”.
Selain itu, kajian juga mendapati, risiko kanser payudara menjadi lebih besar bagi wanita yang memiliki BMI lebih dari 30 (obesiti).
Jadi, lepas ni apa kata anda ambil makanan lebih sihat seperti makanan yang direbut atau dikukus.
Sumber: Hanasuva