Selalu kita dengar kes pelanggan banyak kerenah bila berurusan beli barang online, sampai pening kepala peniaga tu nak layan. Tapi jangan tak sangka, peniaga pun ada ragamnya juga. Tak semua orang pandai berbahasa bila berurusan dengan potential customer ni.
Luahan ini kami terima daripada salah seorang pembaca OhBulan! Kisahnya, wanita ini WhatsApp peniaga beg online yang ditemuinya di laman Instagram untuk bertanyakan tentang beg tangan yang telah lama diidamkan dan ingin dibeli sempena raya tahun ini. Respon peniaga tersebut dikira agak keterlaluan! Kami kongsikan perkara ini agar boleh dijadikan pengajaran buat para peniaga mahupun pelanggan yang berurusan jual beli secara online.
PM Untuk Tanya Pasal Beg…
Marah Customer!
Nak Meniaga Tapi Naik Angin!
Apa perasaan korang kalau kena macam ni? Agak-agak jadi nak beli tak barang yang disurvey tu? Apa pun buat para peniaga, kenalah bersabar layan kerenah dan ragam pelanggan. Budi bahasa budaya kita, kan?
Sumber: Facebook OhBulan!