LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Lebih Kurang 20,000 Lebah Kejar Kereta Selama 2 Hari Selepas Ratunya 'Bersembunyi' Di Bonet Kereta



Wales, 24 Mei - Sekawan lebah mencetus 'huru-hara' apabila mengejar sebuah kereta Mitsubishi Outlander selama dua hari disebabkan ratu mereka 'bersembunyi' di kereta tersebut.

Saksi yang melihat kejadian, Tom Moses, ternampak kawanan lebah tersebut menghurungi kereta yang diparkir itu ketika dia memandu melalui Haverfodwest, selatan Wales pada petang Ahad dan berhenti untuk memberi bantuan.

Difahamkan, seramai 5 penternak lebah, beberapa ranjer taman dan orang ramai turut membantu untuk 'menjinakkan' lebah itu masuk ke dalam sebuah kotak kadbod.



Mereka 'membantu' ratu lebah tersebut keluar dan memasukkannya ke dalam kota kadbod itu. Kemudian mereka menunggu kawanan lebah itu masuk ke dalam kotak yang diletakkan di atas atap kereta itu. Malangnya angin kuat menyebabkan kotak itu terjatuh dan ratu lebah itu kembali menyelinap ke bonet kereta.

Roger Burns, seorang penjinak lebah dari Pembrokeshire Beekepers berkata: "Kami fikir ratu itu tertarik dengan sesuatu di dalam kereta, mungkin sesuatu yang manis, dan masuk ke dalam ruang antara viper di bonet itu ataupun engselnya.



Menceritakan kejadian Burns berkata dia disengat 15-20 kali ketika cuba membantu.

"Kawanan lebah yang dianggarkan 20,000 ekor itu mengekori ratunya dan menghurungi bonet kereta tersebut. Saya bawa satu kotak kadbod besar dan berhati-hati menolak mereka masuk ke dalam kotak itu secepat mungkin kerana banyak lagi yang berlegar di udara.

"Saya disengat 15-20 kali kerana ini. Saya kemudian meninggalkan kotak itu di atas atap kereta sementara menunggu kesemua lebah meninggalkan bonet kereta (dan masuk ke dalam kotak) tapi malangnya tiupan angin menyebabkan kotak itu terjatuh dan ratu lebah itu kembali ke bonet kereta itu semula.



"Malangnya saya terpaksa pergi makan malam ketika itu dan penternak lebah yang lain pula mengambil alih. Kemudian pemilik kereta tersebut kembali dan memandu keretanya pergi tanpa menyedari ratu lebah itu masih lagi bersembunyi di bonet.

"Saya rasa pemilik kereta itu mesti takut kerana keretanya dihurungi lebah dan cuma mahu 'lari' tanpa menyedari lebah-lebah itu sebenarnya mengejar ratu mereka

"Kami ditinggalkan bersama lebah-lebah yang sudah berjaya ditangkap dan keesokan harinya, kami mendapat berita bahawa kereta yang sama masih lagi dihurungi dan dikejar oleh sekawan lebah.", kata Burns sebagaimana lapor Dailymail.

Sehingga kini, pemandu kereta itu masih belum dikenalpasti. - Siakapkeli.my

Sumber : Dailymail