LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Jangan Risau! 5 Kebaikan Jika Anda Berkahwin Di Usia 30-an

Ramai yang anggap berkahwin di usia 30-an sudah terlalu lewat lebih-lebih lagi bagi wanita jika dibandingkan dengan lelaki.
Salah satu perkara yang menakutkan wanita apabila berkahwin lewat ialah susah nak dapat anak.
Tapi kena ingat, rezeki, jodoh dan ajal maut di tangan Tuhan. Ada sebab kenapa anda lambat berkahwin.
Dalam hidup yang semakin mencabar dan taraf hidup semakin meningkat, ada kebaikannya jika anda berkahwin di usia 30-an!

1. Pemikiran Lebih Matang & Emosi Lebih Stabil

1
Menurut kajian, pada usia 30 tahun dan keatas fikiran akan lebih tenang dan lebih matang dalam menghadapi pelbagai situasi dan perasaan invididu untuk menghargai cintan akan lebih fokus.

2. Tidak Lagi Mengejar Keseronokan Dunia

2
Kebanyakan individu pada usia ini telah puas enjoy. Kerjaya dah stabil, tinggal nak berkahwin je. Tak ada la nak kena memilih antara cinta dan kerjaya.

3. Pembentukan Jati Diri Lebih Kuat

3
Mereka yang telah mencecah usia 30-an sudah membina jati diri yang kuat. Mereka juga mempunyai matlamat di masa akan datang. Mereka lebih bersedia untuk menjadi pemimpin.

4. Memiliki Ekonomi Yang Kukuh

w7xzmQB
Umur 30-an pastinya sudah mempunyai kerjaya tetap, kenderaan dan kediaman sendiri. Rumah tangga akan lebih bahagia kerana kewangan tidak menjadi masalah utama.

5. Matang Sebagai Ibu Dan Bapa

Robert-Downey-Jr.-and-his-son-Exton-Elias-in-Vanity-Fair-behind-the-scenes-GIF-4
Jika dikurniakan cahaya mata, mereka yang berusia 30-an pasti mampu menjadi ibu bapa yang baik. Kesabaran dan kematangan yang tinggi mampu membimbing anak-anak menjadi yang terbaik.