LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Depan Pelamin Muka Macam Tahi, Pastu Complaint Kena Dalam Gambar Muka Jadi Begitu?


"Bro, gambar kau cantik je ye kau edit. Time aku, muka bukan main merah lagi photographer aku edit,"

"Lawanya pelamin kau bang. Sedap dan lembut saja tengok,"

"Bestlah gambar kau. Nampak sweet saja kau dengan pasangan,"

Okay, ini jawapan saya. 

WARNA PELAMIN

Pilihlah warna-warna lembut (pastel). Yang pergi ambil warna merah, karpet pun merah, semua nak merah kenapa? Apa yang pengantin harapkan dari gambar yang dihasilkan? Biru lembut? Ceh! 

LAMPU PELAMIN

Tetapkanlah lampu itu satu warna sahaja. Pilih warna-warna yang lembut seperti purple atau blue, barulah nampak mahal. Yang pergi pilih lampu warna warni kenapa? Ingat ini fun fair ke? Lepas itu, muka pula terkena pancaran cahaya lampu yang dipasang. Kejap muka kau jadi Hulk, kejap jadi Adudu, entah apa-apalah. Ingat photographer suka ke? Pilihlah warna lembut-lembut, jadi gambar yang dirakam akan lebih awesome dan photographer pun senang nak edit gambar. 

BRIDAL YANG BOLEH BEKERJASAMA

Ini satu hal juga, kadang-kadang bridal ini sedap tekak dia saja nak letak lampu dengan warna-warna bunga yang dia suka. Dia tengok di mata dia memanglah cantik, tetapi bila masuk dalam gambar dengan adanya pasangan pengantin dalam gambar, gambar terus menjadi pelik. Photographer pula pening kepala nak adjustkan. Lebih-lebih lagi bila pengantin hanya buat bayaran ciput pada photographer. 

Bila suggest warna-warna yang sepatutnya, bridal buat tak tahu saja. Paling best bila bridal kata,

"Tak apa, photographer boleh editkan nanti jadi bagi lawa,"

Eh? Kalau begitu, baik bagi saja photographer duit bayaran yang bridal dapat itu. Kalau terjumpa bridal or MUA yang cakap sebegini, mohon tinggalkan awal-awal dan berilah mereka cermin. 

KERJASAMA DENGAN PHOTOGRAPHER

Nak gambar yang menarik, muka mestilah kena senyum. Janganlah depan pelamin muka macam tahi, lepas itu complaint kenapa muka dalam gambar jadi begitu. 

"Eh? Dah tu nak edit muka satu-satu jadi senyum ke?"

Bergayalah mengikut keselesaan masing-masing.Jangan pula ikut perangai sendiri saja. Bila nak disuruh pose dan diajar, "eh? Tak naklah, blaa.. bla.. bla..". 

Bila dapat album, tanya kenapa pengantin tak banyak gaya? Gaya sikit saja? Kenapa kelihatan tidak menarik dan pelbagai? Hmm, tanya pendapat mereka, sesuai atau tidak warna-warna pelamin yang kau impinkan. Nanti dah dapat gambar, baru nak menyesal. 

PELAMIN LUAR/BAWAH KHEMAH

Tutup keliling pelamin dengan kain. Minta bridal tutup bahagian belakang dan kiri kanan pelamin. Lagi baik, lapis sekali dengan kanvas di bahagian-bahagian berkenaan sebab jika ada cahaya luar yang tidak menentu dan tak sekata akan menjejaskan kualiti gambar. Tak faham juga? Tanyalah photographer. 

PAKEJ GAMBAR 

Ambillah pakej lengkap dari photographer. Kalau ambil 'pakej' Shoot & Burn saja, kemudian mengharapkan gambar sama seperti selepas dia edit, mimpilah! Dapat-dapat pula kalau dia hantar photographer junior untuk turun shoot, lagi kelamlah harapan nak dapat gambar cantik. 

Nak principal atau senior yang turun, ambil pakej yang mereka sediakan siap-siap untuk tu. 

Ada banyak lagi tips namun buat masa ini, hanya inilah yang larat nak ditulis. Kalau bermanfaat, share kepada rakan-rakan yang nak kahwin nanti. - Aizat Villa | PIXEL MEDIA