Lidah memang tidak bertulang namun cukup kuat untuk mematahkan hati seseorang. Benarlah kata orang lidah itu lebih tajam dari pedang. Tatkala membaca mesej ini, kami jadi geram tapi pada masa yang sama simpati dengan nasib wanita ini.
Tiada siapa yang mahu ditimpa penyakit yang boleh membawa kepada kematian seperti ini. Harap wanita ini tabah dan segera sembuh.
Jangan risau saya refund
Pada yg takut iyda mati atau x dapat nk mekup hari bahagia korg jangan risauu iyda refund duit ok…yg dah book jangan la risau andai iyda x dapat makeup korg ramai lagi kawan2 yg sudi tolong cantikan uolsss itu janji sy yee….harap Allah panjangkan usiaku demi ank& cus tersyg
Status yang dikongsi wanita ini benar-benar membuat netizen tersentuh. Lebih menyedihkan dia disahkan menghidapi penyakit kanser usus tahap 3 dan diberi tempoh jangka hayat. Jika tiada rawatan sususan ianya boleh mengorbankan nyawa.
Moga cepat sembuh
Berbekal doa dan semangat dari orang ramai yang prihatin, moga wanita ini cepat sembuh! Pesanan kami, berhati-hati lah dalam berkata-kata lebih lagi ianya melibatkan nyawa.
Sumber : Iyda Yusof