LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Biar Betul? Harga Teh Ini Dikatakan Lebih Mahal Daripada Emas!

Di Fujian, China, membelanjakan wang sebanyak AS$10,000 (RM40,200) untuk seteko teh mungkin kedengaran keterlaluan. Memang mahal gila la!
Tapi ada yang sanggup membayar wang sebanyak itu hanya untuk menghirup Da Hong Pao asli, teh paling jarang ditemui di dunia.
Harga untuk satu gram boleh mencecah AS$1,400 (RM5,600). Teh yang terkenal mahal ini sebenarnya 30 kali lebih mahal daripada segram emas.

Apa yang menyebabkan teh ini sangat mahal?

da-hong-pao-tea2-600x402
da-hong-pao-tea2-600x402
Menurut pakar teh China, Da Hong Pao begitu berharga kerana ia sangat sukar untuk ditemui dan pokok teh Da Hong Pao asli hampir pupus.
Beberapa jenis teh yang tumbuh di pergunungan Wuyi di daerah Fujian, China juga sangat jarang ditemui sehingga dianggap tidak ternilai harganya.

Daun teh dikering & dibiarkan selama 80 tahun untuk rasa yang istimewa

da-hong-pao-tea3

Pembuat teh generasi lama turut mengadakan ritual tahunan khas untuk Da Hong Pao supaya pokok teh itu tumbuh subur.
Mereka pergi ke kawasan pergunungan pada setiap musim bunga dan berdoa kepada tuhan teh, Lu Yu supaya pucuk baru tumbuh.
Daun teh itu dikatakan disapu dengan susu kambing ketika ia membesar dan selepas ia dituai.
Daunnya kemudian dikeringkan dan dibiarkan selama 80 tahun untuk mendapatkan rasa teh yang istimewa.

Sumber : http://hanasuva.com/