LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Akhirnya Peniaga Durian 'Jijik' Ditahan


GOMBAK - Susulan viral video seorang peniaga durian yang didakwa meludah pada isi durian sebelum dibungkus dengan plastik, polis telah menahannya sebentar tadi. 

Peniaga itu ditahan oleh pihak polis sejurus selepas viralnya video tersebut di laman sosial. Gerainya juga ditutup serta merta. 

Video yang viral di media sosial itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, namun majoriti bersetuju tindakan itu tetap menjijikkan. 



Segelintir netizen cuba berfikiran positif kononnya peniaga terbabit meniup kotoran yang melekat di ulas durian berkenaan sebelum dibungkus.

"Dia tiup saja tu, tak nampak meludah pun. Nama pun durian, kotoran tanah melekat itu adalah perkara normal. Takkan peniaga nak jual dalam keadaan kotor?" kata netizen.

Bagaimanapun, majoriti netizen sebulat suara menganggap tindakan meniup itu tetap tidak boleh diterima yang berkemungkinan air liur lelaki terbabit tersembur ketika meniupnya. 

"Tiup pun, kalau dah terpercik air liurnya, tak ke kotor namanya? Nak bersihkan, guna cara yang lebih baik agar tidak mendatangkan bahaya pada kesihatan pengguna," kata netizen. 

Ada juga yang mendakwa peniaga berkenaan adalah warga Indonesia. - PIXEL MEDIA