Siapa yang tak nak gigi cantik dan putih? Yela, bila bercakap nampak gigi, bila ketawa nampak gigi, bila senyum pun nampak gigi.
Tapi kalau gigi tu hitam dan rosak, memang nak bercakap pun malu. Nak senyum nampak gigi tu memang jauh sekali la.
Ramai yang tertanya-tanya, walaupun dah gosok gigi, tapi gigi tetap rosak. Sebab apa?
9 tabiat ini mungkin jadi punca gigi anda rosak tanpa anda sedar.
1. Mengunyah ais batu
Kajian mendapati, air batu bukan sahaja membauatkan gigi anda rasa ngilu, malah ia juga membuatkan gigi mudah rapuh dan patah.
2. Makan buah-buahan kering
Pakar pergigian mendedahkan buah-buahan kering menjadi punca utama gigi rosak dan menjadi kuning. Ia juga boleh menyebabkan gigi berlubang kerana kandungan gulanya yang tinggi.
3. Berenang pun boleh jadi punca gigi rosak?
Kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Dentistry dan Journal of Dental Association mendedahkan, bahan kimia yang terdapat di kolam renang iaitu klorin membuatkan gigi mudah rosak. Ia juga membolehkan gigi menjadi lebih sensitif dan mudah rapuh.
4. Kerap minum teh, kopi & lemon panas
Jika anda ambil 3 minuman ini terlalu kerap, ia boleh menyebabkan gigi rosak dan menjadi kuning. Kafien juga sangat bahaya untuk gigi. Anda disaran untuk berkumur selepas minum.
5. Gunakan berus gigi bulu keras
Ada yang suka gunakan berus gigi bulu keras kerana ianya selesa dan mampu bersihkan sisa makanan dengan mudah. Tapi, bulu keras mampu membuatkan sekitar gigi dan gusi luka.
6. Terlalu kerap berus gigi
Memberus gigi terlalu kerap membuatkan gigi mudah rosak dan bermasalah. Pakar pergigian menyarankan berus gigi dua kali sehari sudah mencukupi.
7. Makan buah terlalu banyak
Makan buah-buahan terlalu banyak boleh merosakkan gigi. Zat yang terkandung di dalam buah-buahan boleh menyebabkan gigi terhakis, rapuh dan juga berlubang.
8. Menggunakan gigi untuk koyak plastik
Ramai yang suka lakukan perkara ini. Tapi tabiat ini tidak baik untuk gigi anda. Lama kelamaan gigi anda mudah rapuh dan mudah tercabut kerana akarnya tidak lagi melekat di gusi dengan baik.
9. Menindik lidah
Ramai anak-anak muda sekarang sukakan tabiat pelik ini. Konon style la buat macam ni. Tapi, menindik lidah boleh menyebabkan virus dalam mulut dan gigi. Takut-takut, usia masih muda tapi gigi semua dah rapuh.
10. Menggigit kuku
Bukan hanya merosakkan kuku anda, tapi ia boleh merosakkan gigi. Tabiat menggigit kuku boleh menyebabkan gigi anda keluar dari tempat. Ia boleh menyebabkan gigi pecah.
Sumber : Hanasuva