LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Wira Highland Towers maut kemalangan

Puchong: Seorang anggota bomba yang terbabit menyelamat Nur Hamidah Najib dalam tragedi Highland Towers 23 tahun lalu, maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kinrara menghala ke Taman Sri Manja, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, N Yogaraja, 51, dari Unit Pengesan Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, maut di lokasi akibat cedera parah di kepala.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal bersendirian dan dalam perjalanan dari rumah ke pejabatnya di Batu 6, Jalan Klang Lama.

Setibanya di lokasi, mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terjatuh.
Mayat kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sumber : Harian Metro


FOTO ihsan bomba