LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Sudah Terima Lamaran Nedim, Mahu Nikah di Masjid

Aktres popular, 34, mengakui bahawa kekasihnya, Nedim Nazri menyatakan hasrat kalau boleh mahu menikahinya dalam tahun ini juga.
“Apabila Nedim sendiri bersungguh-sungguh dan mahu kami bernikah dalam tahun ini, membuatkan saya berfikir kembali, apa lagi yang saya mahu tunggu atau cari?
“Hendak fikir pengalaman lalu membuatkan saya takut untuk bernikah lagi? Tidakkah kehidupan manusia itu ada pasang surutnya,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Mengenai perancangan hari bersejarahnya itu, Nora berkata dia dan Nedim tidak merancang untuk mengadakan majlis besar-besaran. Sebab itu mereka belum menetapkan tarikhnya lagi untuk majlis pernikahannya.
“Persiapan pun kalau boleh tak payah lama-lama. Bila dah rasa ada tarikh sesuai, persiapan dalam masa sebulan pun sudah cukup. Paling penting, bernikah di masjid.
“Saya dan Nedim pernah merasai majlis pernikahan dibuat besar-besaran, jadi untuk kali kedua ini biarlah kami bersederhana. Tidak semestinya majlis sederhana itu tidak meriah,” katanya.
Sumber : http://babab.net/