PELAJAR IPTA DIROGOL 4 AHLI RUKUN TETANGGA BERGILIR-GILIR DIHADAPAN TEMAN LELAKI SENDIRI
Alor Gajah, 18 Okt: Seorang pelajar IPTA bernasib malang apabila dir0g0l oleh empat lelaki yang menyamar sebagai ahli Rukun Tetangga sebuah kampung secara bergilir-gilir di depan teman lelakinya di Pantai Pengkalan Balak di sini, tengah malam kelmarin.
Mangsa juga turut mendakwa dia ditumbuk sebelum dir0g0l manakal teman lelakinya dibelasah oleh empat suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Memetik laporan dari sumber Harian Metro, mangsa yang berusia 18 tahun dan teman lelakinya, 21 tahun singgah di kedai makan berhampiran sebelum berkhemah di tepi pantai tersebut.
“Gadis berkenaan dipercayai baru mengenali teman lelakinya beberapa bulan lalu dan ketika dihampiri empat suspek, kedua-duanya dikatakan memadu asmara di tepi pantai itu.
“Suspek meminta pasangan itu menyerahkan kad pengenalan mereka selain mengugut membawa mereka ke balai polis untuk tindakan lanjut bagi menakutkan pasangan itu,” katanya sumber terbabit.
Teman lelaki gadis terbabit merayu agar tidak dibawa ke balai polis kerana tindakan itu akan mungkin akan menyebabkan mereka dibuang dari universiti, kata sumber.
Salah seorang dari suspek kemudian menumbuk lelaki terbabit, manakala tiga lagi suspek menarik pelajar perempuan tersebut ke tepi pantai dan mer0g0l manggsa secara bergilir-gilir.
“Walaupun merayu, suspek tetap mer0g0l penuntut wanita itu di depan teman lelakinya yang dalam kesakitan,” katanya.
Pasangan terbabit kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Sungai Baru selepas kejadian.
Sumber : Labu Labi
Related Posts :
Dulu Muka Berjerawat & Rosak Teruk – Gadis Ini Kongsi Perkara Penting Korang Perlu Jaga Elak Jerawat Muka kusam, tona tak sekata dan berjerawat merupakan salah satu faktor hilangnya keyakinan diri d… Read More...
5 Putera Kerabat Diraja Paling Kacak Di Dunia! Bila sebut je putera Kerabat Diraja, mesti ramai yang terbayangkan susuk badan yang segak dan sen… Read More...
Kaki Dota, Perokok, Boleh Ke Dibuat Suami? Perempuan Sila Baca Artikel ini adalah hasil perkongsian IIUMC.com Perempuan wajib baca, kalau tak baca tak… Read More...
Gadis Dakwa Mukanya Alami Masalah Kulit Teruk Selepas Berhenti Guna Sejenis Produk Kecantikan Tempatan Gara-gara berhenti menggunakan sejenis produk keluaran tempatan yang diguna olehnya sebelum ini, s… Read More...
SAH! Rupanya Ini Jantina & Identiti Sebenar Kak Mawar ! Sebelum Ni Pernah Buat Kes BESAR ! NAMA Kak Mawar mula menjadi perhatian di laman sosial selepas tersebar siri video memaparkan aksi … Read More...