LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Orang Islam Wajib Tahu! Nama-Nama Lain Babi Yang Ada Pada Makanan (Mohon Sebarkan)

Orang Islam Wajib Tahu! Nama-Nama Lain Babi Yang Ada Pada Makanan (Mohon Sebarkan)



Di dalam agama Islam dilarang umatnya memakan daging babi kerana hukumnya adalah daging yang haram dimakan. Di dalam Al-Quran menjelaskan bahawa anjing dan babi haram disentuh dan dimakan. Lihatlah, menyentuhnya juga adalah haram, inikan pula memakannya.

Terdapat faktor pengharaman babi bagi umat Islam antaranya adalah, babi adalah haiwan yang kotor dan boleh menyebabkan penyakit kepada pemakannya. Jelaslah disini bahawa daging babi mempunyai banyak keburukan kepada manusia dan perlu dielakkan.

Namun, daging babi banyak digunakan sebagai bahan campuran beberapa produk makanan dengan menggunakan nama lain yang tidak dikenali. Nama-nama lain ini selalunya mengelirukan semua terutama pengguna Islam.

Jadi, dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua nama-nama lain babi yang ada pada makanan.




Berikut adalah nama-nama dan istilah yang digunakan di dalam produk yang mengandungi unsur babi:


Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan spesies babi.

Hog: Istilah untuk babi dewasa dengan berat melebihi 50 kg.

Boar: Babi liar @ babi hutan.

Lard: Lemak babi yang digunakan untuk membuat minyak masakan dan sabun.

Bacon: Hirisan nipis daging berukuran panjang yang berasal dari bahagian punggung babi.

Ham: Daging pada bahagian paha babi.

Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

Sow Milk: Susu babi.

Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda dengan berat kurang daripada 50 kg.

Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal dari babi.


Masyarakat terutamanya yang beragama Islam haruslah berhati-hati apabila membeli produk di kedai atau pasar raya bagi mengelakkan terbeli produk yang mempunyai unsur babi.

Babi adalah haram untuk dimakan oleh umat Islam. Jaga makan,InsyaAllah hati kita bersih dan tidak melakukan dosa.


Kredit: jamgetah.blogspot.my