Kisah Sebenar Jutawan Dari India Menyamar Menjadi Tukang Sapu Di Masjidil Haram
Kisah Sebenar Jutawan Dari India Menyamar Menjadi Tukang Sapu Di Masjidil Haram
Suatu ketika dahulu kisah seorang jutawan dari India yang menyamar menjadi tukang sapu di Masjidil Haram untuk selalu dekat dengan Rumah Allah ini menjadi perhatian masyarakat. Kisah ini menjadi viral dan ramai percaya bulat-bulat dengan kisah yang dikatakan “menakjubkan” ini.
Manakan tidaknya, seorang lelaki yang kaya raya dari India sanggup menghabiskan masa selama setahun menyamar menjadi tukang sapu semata-mata untuk dekat dengan Rumah Allah ini. Rasanya sudah pasti ramai yang telah membaca kisah ini.
Ikuti kisah ini…
Seorang warga Arab Saudi sedang berkunjung ke Masjidil Haram, setelah solat dan berdoa, timbul niat untuk bersedekah. Kemudian dia keluarkan dari poketnya beberapa riyal dan dipanggilnya seorang pekerja kebersihan berbangsa India.
“Ambillah ini Ya Shodiq (sebutan untuk orang India)”
Pekerja itu pun tersenyum dan mengatakan,
“Aku tidak memerlukan itu” sambil dia tunjukkan dompetnya yang penuh dengan kad bank dan wang.
Orang Arab Saudi itu kemudian kehairanan dan bertanya “siapakah kamu?”
Pekerja tadi menjawab ” Aku dari India dan Alhamdulillah, Allah berikan rezeki kepadaku. Aku memiliki ratusan hotel di India”.
Dia mengisahkan bahawa dia datang ke sini untuk mendaftar sebagai pekerja yang bekerja selama setahun, yang selama beberapa bulan tanpa gaji. Dan itu dia lakukan hanya untuk berkhidmat kepada rumah Allah.
Orang Arab Saudi itu kemudian kebingungan, sambil berjalan ia ingin memastikan kembali pernyataan orang tersebut, maka dia bertanya kembali kepada seorang petugas kebersihan lainnya.
“Kamu kenal siapa dia?”
Dijawab oleh petugas yang ditanya “Dia jutawan”
Oleh : Rudy J
Itu adalah versi cerita dari Rudy J. Tetapi kisah sebenarnya adalah sangat jauh berbeza dengan kisah ini.
Mari kita ikuti kisah sebenar mengenai jutawan ini…
Lihatlah video pengakuan jujur dari pekerja India yang bekerja di Masjidil Haram Mekkah ini.
Terjemahannya:
Penannya : Assalamualaikum Encik boleh tahu siapa nama?
Pekerja : Wa’alaikum salam warahmatullah wabarakatuh. Nama saya Muhammad Aslam.
Penanya : Encik bekerja di masjidil haram ?
Pekerja : Benar saya bekerja di Masjidil haram.
Penannya : Sudah berapa lama Encik bekerja sebagai petugas kebersihan di Masjidil Haram ?
Pekerja : Alhamdulillah sudah 25 tahun.
Penanya : Sudah 25 tahun !! Masyaallah beliau sudah 25 tahun bekerja di Masjidil Haram.
Penanya bertanya lagi : “Begini Encik, tersebar di Internet bahawa Encik dikatakan memiliki ratusan hotel di India adakah berita ini benar?”
Pekerja : “Berita tersebut tidak benar…”
MORAL THE STORY: Jangan mudah percaya dengan “kisah viral” yang tidak terbukti kebenarannya takut nanti menjadi fitnah.