LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

"Kami Puas Dikencing Dengan Pesakit Mengandung Secara Ajaib" Doktor Ini Jelaskan Kenapa Perlu Jalani Ujian Kehamilan Walau Belum Kahwin


Artikel ini adalah hasil perkongsian Tuan Abdul Rahman Abdul Kadir

Apabila seorang wanita yang berada pada lingkungan umur produktif (sudah baligh dan belum menopos) datang ke hospital atau klinik mengadu sakit perut, perkara paling bahaya yang perlu diperiksa oleh doktor adalah kemungkinan mengandung di luar rahim atau ectopic pregnancy.

Ectopic pregnancy ini adalah merupakan satu kejadian di mana kandungan tidak tertanam di dalam rahim seperti biasa, sebaliknya ia tertanam di luar rahim kebiasaannya pada tube fallopio. Perkara ini adalah merupakan satu kecemasan ginekologi kerana berpotensi meragut nyawa pesakit dek pendarahan yang melampau dan cepat. Baru saja saya kehilangan seorang pesakit yang meninggal dunia kerana tidak menghiraukan diagnosis awal doktor di klinik dan tidak pergi ke hospital. Pesakit meninggal dunia di rumah dan ini merupakan tragedi bagi semua.

Cara paling mudah untuk kami suspect pesakit mempunyai masalah ectopic pregnancy ini adalah dengan melakukan ujian air kencing atau UPT (urine pregnancy test). Jika positif, ia menjadikan kebarangkalian diagnosis ini adalah tinggi. Jika negatif, kita berasa lega kerana kebarangkalian adanya penyakit ini adalah rendah atau hampir tiada.

Anda mungkin akan tertanya2:


1. Kenapa tak tanya saja pesakit apakah ada kemungkinan mereka mengandung.

2. Tak kawin takkanlah boleh kena ectopic pregnancy.

3. Budak sekolah lagi anak tu, takkanlah nak check mengandung etc.

4. Anak dara lagi tu, alim ala2 ostajah lagi. Takkan la mengandung.

Sepanjang pengalaman kami, kami sudah melihat terlalu banyak kes.

1. Bersumpah dengan nama Allah dan atas Quran mustahil mengandung, tapi bila kita scan, baby senyum kat kami. 😊

2. Budak alim bertudung labuh bagai, tapi bila kami scan, baby siap lambai babai kat atuk dia. 😊

3. Bersumpah tak pernah ada boyfriend atau teman lelaki, tetapi bila kami scan siap nampak baby lelaki tunjuk tote. 😊

4. Bersumpah bahawa mustahil utk mengandung kerana suami adalah tentera yang bertugas dan dah berbulan tak balik rumah. Bila kami scan, nampak baby tunjuk middle finger. 😊

Kisah2 di atas at least adalah kisah2 'gembira' kerana tiada ancaman pada nyawa. Kisah2 yg sedih adalah bila mana ujian UPT menyatakan positif mengandung, namun apabila kami scan tidak dijumpai kandungan dalam rahim atau hanya darah dalam abdomen. Lebih menyedihkan jika diagnosis dibuat setelah pesakit mati di atas meja post mortem! Itulah ectopic pregnancy.

Jadi, bila mana kami mahu melakukan ujian UPT pada anda atau anak2 perempuan anda, kami bukan melakukannya untuk memberi perkhabaran gembira bahawa anda bakal menjadi ibu, ayah, datuk atau nenek. Kami lakukannya kerana hendak menyelamatkan nyawa anda/anak anda!

Jadi tak perlu marah2 atau nak viral sana sini. Kalau kami buat ujian ni pada nenek anda berusia 80 tahun yg dah menopos then boleh lah anda nak marah dan virulkan.

Jika anda mustahil mengandung, jalani saja ujian ini. Apa nak takut? Ia ibarat polis menahan kita dan minta utk tengok IC. Kalau bukan pendatang haram, tak payah la nak marah dan ngelat tak mau kasi IC kan? Gitulah analoginya. 😏

Kami dah puas kena kencing dgn pesakit2 yg menipu, tak mau berterus terang dan 'suci' tapi mengandung secara 'ajaib' ala2 kisah mukjizat zaman silam.

Kami telah diajar sejak di medical school lagi bahawasanya, "All female within reproductive age group with acute abdomen is pregnant until proven otherwise." 
Guru yang mengajar saya akan doktrin ini adalah juga seorang wanita.

Tidak ada elemen sexism, pilih bulu atau memandang serong pada pesakit dalam soal ini. We are just doing our job. That job is to save lives.

Sumber : http://penpatah.blogspot.my/