

Artikel ini adalah hasil perkongsian Ikhwan Jaffri
Kadang sedih bila orang datang. Terus cakap “mahalnya dik. Dulu akak beli murah je” lepastu siap bagitau lagi dengan org lain kita jual mahal.
Ok. Contoh harga basuh kereta RM15 basuh luar dalam. Mahal?
Ok sekarang ni aku bagi kau RM15 untuk cuci kereta aku luar dalam. Nak? Aku bagi RM20 pun belum tentu kau nak basuhkan.
Persoalannya sekarang ni. Malas dengan rajin je. Kalau dah malas tu. Nak tak nak kau kena jugak keluarkan duit utk dapatkan apa yg kau malas tu. Contoh zaman dulu air ambik kat perigi je. Murah memang murah. Free je. Tapi sekarang ni sanggup ke kau cedok perigi and isi dalam tangki utk buat mandi? Perigi sebelah rumah belum tentu kau nak cedok.
So berbalik kepada situasi tadi. Akak sanggup ke bancuh gula malam2. Bancuh perasa. Pakai apron. Pakai sarung tangan. Ikat aiskrim. Bekukan dalam freezer seharian. Semata2 sebab nak makan aiskrim. And semata2 sebab taknak beli yg ‘mahal’ kat luar tu. Terpulang. Kalau akak rajin. Boleh je buat. Kalau tak rajin. Nak tak nak akak kena carik jugak kat luar. Hehe
Apa pun aku doakan akak tu berjaya dapatkan eskem yang murah. Tapi walau mcm mana pun. Hati kastemer kene jaga. Aku tak maki akak tu. Aku psycho dia balik. Nak tau apa cara aku buat?
Akak: Berapa sebatang aiskrim ni dik?
Aku: 50 sen je kak. Kalau akak ambik 2 RM1
Akak: Mahalnya dik. Dulu akak beli murah je
Aku: Oh mahal ke? Takpe. Akak ambik je aiskrim sebatang. Saya belanja akak free satu. Haaa dulu2 walaupun murah pernah tak akak dapat free?
Akak: Oh yeke free? Terima kasih. Ada perasa apa je?
Aku: Ada 7 perasa special kak. Ada coklat susu. Keladi susu. Jagung susu. Asam boi. Anggur jelly. Jelly susu. Bandung soda. Yang paling hot coklat susu kak.
Akak: Boleh la coklat susu. Betul ni free?
Aku: Betul kak free je. Nak makan terus ke kak? Saya ada gunting utk potongkan.
Akak: Boleh la.
And akak tu pun terus makan. Kenapa aku terus potongkan utk akak tu? Supaya dia dapat terus rasa macam mana sedapnya aiskrim special ni. Nak tau apa jadi lepastu?
Tiba2 akak tu datang balik and cakap “dik bagi akak coklat susu 4”
Yeay! Sebenarnya dalam hidup ni. Bukan setiap masa kita nak kena menang. Kadang2 bila kita mengalah dan sabar. InsyaAllah ada benda yang lagi baik kita dapat. Apa pun bertolak ansur la dalam kehidupan.
Sumber : http://babab.net/
Related Posts :
Takdir Allah Pancitkan Tayar Kereta Lelaki Ini, Hikmahnya Selepas Itu Sungguh Tidak Dijangka Takdir Allah Pancitkan Tayar Kereta Lelaki Ini, Hikmahnya Selepas Itu Sungguh Tidak Dijangka Su… Read More...
Masyallah ! Anak Pukul Ibu Dengan Cangkul Hingga Mati KUANTAN: Seorang anak dipercayai memukul ibunya hingga mati dengan batang cangkul di rumah mere… Read More...
(7 Gambar)Jiao Xu-Watak Budak Lelaki Dalam CJ7 Sebenarnya Wanita!!!. Adakah anda semua pernah menonton filem CJ7? Filem yang ditulis dan diarahkan serta dibintangi ole… Read More...
Billionaire Jack Ma Pernah Ditolak 30 Permohonan Kerja Termasuk KFC Pemilik syarikat e-commerce terbesar, Alibaba dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak $20.4 bilio… Read More...
10 Pembunuh Bersiri Sepanjang Zaman. Siapa Paling Kejam? 10 Pembunuh Bersiri Sepanjang Zaman. Siapa Paling Kejam? Berdasarkan definisi, pembun… Read More...