LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Ibu Hidap Kanser Tahap 4 Gigih Hasilkan Kek Untuk Hari Jadi Anak Sebelum 'Pergi' Untuk Selamanya


Pada 25 Februari lalu, seorang wanita yang merupakan seorang ibu telah berkongsi kegembiraannya di group masakan MAHN apabila dia yang sakit tetap kuatkan diri untuk membuat kek hari jadi untuk anaknya.

Beliau yang menghidap sakit kanser payudara tahap 4 cuba menyiapkan kek istimewa berkenaan untuk anaknya di mana perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai dengan netizen memberi semangat kepadanya selain memuji ketabahan ibu hebat ini.


Berikut adalah reaksi netizen.




Namun, rupanya kek berkenaan merupakan kek yang terlalu istimewa dan mungkin kek terakhir darinya apabila beliau telah meninggal dunia beberapa hari lalu kerana sakit yang dihidapinya itu.



Dilihat di dalam group masakan berkenaan, ramai mereka terkesan dengan pemergian mendiang Betty Bet berikutan pos mengenai ketabahan seorang ibu yang sanggup bangun melawan penyakit yang dihidapinya demi membuktikan kasih sayangnya kepada anak.

Takziah daripada kami team Siakapkeli kepada keluarga mendiang. - Siakapkeli.my