LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Domam Star Wars ! Disney bina taman Star Wars..Terbaik

disney akan membina dua taman tema baharu bercirikan filem Star
DISNEY akan membina dua taman tema baharu bercirikan filem Star Wars di Taman Tema Disney dan Taman Tema Disney World di Calofornia menampilkan ciri-ciri menarik. AGENSI

NEW YORK 16 April – Peminat filem Star Wars bakal disajikan dengan keunikan dua taman tema baharu yang akan dibina di California, menampilkan ciri-ciri menarik termasuk kemunculan watak askar Stormtroopers, jet pejuang X-wing dan robot R2-D2 serta BB-8.

Menurut laporan portal Mail Online, Taman Tema Disneyland di California dan Taman Tema Disney World di Florida, setiap satu seluas 5.6 hektar akan dibina oleh syarikat perfileman Disney.
Pembinaan taman-taman tema baharu itu merupakan yang terbesar dalam sejarah Disney, selain menggunakan sensor canggih untuk memberi pengalaman hebat kepada pengunjung.
Buat masa ini, projek itu masih di peringkat awal tetapi berdasarkan gambar-gambar yang disiarkan dalam blog Disney Parks, peminat Star Wars pastinya teruja untuk mengunjungi taman-taman tema tersebut apabila dibuka nanti.

Walaupun hanya sedikit maklumat disiarkan oleh pihak Disney tentang taman tema tersebut buat masa ini, sumber syarikat itu berkata, taman tema terbabit akan menyajikan pengunjung dengan tarikan baharu yang lebih unik.

Pengunjung akan berpeluang menaiki pesawat Millennium Falcon untuk merasai pengalaman menjalankan misi khas, manakala satu lagi tarikan adalah menyertai pertempuran antara pasukan Resistance dan New Order, babak perang yang dipetik daripada filem terbaharu Star Wars, The Force Awakens.
Tidak dapat dipastikan berapa lama pembinaan taman-taman tema itu akan disiapkan.
- See more at: http://www.utusan.com.my