Perak menjadi negeri pertama yang memperkenalkan aplikasi permohonan cerai secara dalam talian yang dikenali sebagai ‘MySolve’.
Menurut The Malay Mail Online, aplikasi tersebut bukan untuk menggalakkan pasangan suami isteri becerai, namun sebagai pemudah cara bagi mereka menyelesaikan masalah rumah tangga yang berbangkit.
Menerusi aplikasi ini, pasangan yang ingin mendaftarkan perceraian tidak perlu datang ke Mahkamah Syariah berulang kali kerana semua maklumat berkaitannya sudah disimpan dalam sistem selepas permohonan mereka dibuat.
Ia dibangunkan Jabatan Kehakiman Syariah Perak yang boleh diakses menerusi http://mysolve. perak.my/.
Info: Permohonan cerai boleh selesai selewat-lewatnya dalam masa seminggu
Menerusi MySolve, permohonan cerai boleh diselesaikan selewat-lewatnya dalam tempoh satu minggu berbanding prosedur biasa yang mengambil masa sehingga dua bulan.
Sehingga kini 34 pasangan telah mengguna pakai aplikasi ini dan terdapat kes yang dapat diselesaikan dalam tempoh sehari sahaja.
Info: MySolve memudahkan proses penceraian & tidak perlu datang berulang kali
Aplikasi ini dapat menjimatkan kos serta masa pasangan yang ingin bercerai ketika berurusan dengan Mahkamah Syariah.
Selain itu ia juga ia dapat mengurangkan kesesakan di kaunter mahkamah dan menjadikan penyusunan penjadualan kes di mahkamah menjadi lebih teratur
Pasangan yang menggunakan aplikasi ‘MySolve’ akan dikenakan bayaran pendaftaran permohonan perceraian sebanyak RM50.
Sumber : hanasuva