LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

5 Pelajar UMK Jatuh Gaung Ketika ‘Selfie’ Di Bukit Keluang

Di Jertih, Terengganu, lima pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang cuba mengambil gambar selfie, terjatuh dari puncak Bukit Keluang, tengah hari tadi.
Laporan dari Berita Harian, pelajar terbabit iaitu dua lelaki dan tiga perempuan berusia 20 tahun, dikatakan pergi ke bukit berkenaan pada kira-kira jam 1 tengah hari untuk menyertai aktiviti pendakian bersama 20 pelajar lain.
Bagaimanapun, lima pelajar terbabit dikatakan tergelincir ketika sibuk mengambil gambar dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Mohd Zailani Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 1.15 tengah hari dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Raja bergegas ke lokasi kejadian.
“Hingga petang ini, dua daripada pelajar terbabit, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berjaya dibawa naik. Bomba masih berusaha membawa keluar tiga lagi pelajar dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
“Keadaan gaung yang dalam menyukarkan kerja menyelamat mangsa,” katanya.
Sumber : Hanasuva