LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

10 Tabiat Buruk Ketika Temuduga Anda Wajib Elakkan

Untuk mengelakkan anda melakukan beberapa tabiat buruk yang menyebabkan anda nampak tidak professional, artikel ini menerangkan beberapa perkara yang ditulis oleh pakar-pakar berpengalaman.

Tabiat buruk ketika temuduga

Di bawah adalah beberapa perkara yang ingin kami kongsikan, untuk mengelakkan anda melakukan perkara tersebut yang mungkin permohonan kerja anda ditolak mentah-mentah:

1. Resume Yang Tidak Lengkap

Sebelum anda memohon sesuatu pekerjaan, pastikan resume anda lengkap dan mudah di fahami untuk dinilai oleh pihak bahagian sumber manusia.

Jika semasa sesi temu duga terdapat banyak kesilapan tatabahasa, dan format yang sepatutnya anda ikuti ketika melakukan resume.

Secara tidak langsung mereka akan memandang anda seperti tidak serius ketika melakukan kerja. Ini kerana, semasa sesi temuduga adalah waktu yang terbaik untuk mereka menilai diri anda yang sebenarnya.

2. Tidak Melakukan Ulangkaji Tentang Syarikat Tersebut

Jika anda telah dipanggil untuk di temuduga, pastikan anda ulangkaji dahulu tentang syarikat tersebut, contohnya, apakah latar belakang syarikat itu, berapakah gaji yang ditawarkan dan sebagainya.

Justeru, jika anda telah memilih untuk bekerja di syarikat tersebut, ini menunjukkan bahawa anda telah menerima syarat-syarat yang di tetapkan oleh mereka.

Malah, jika anda mengambil sikap sambil lewa, ini akan menujukkan bahawa peluang untuk mendapatkan pekerjaaan tersebut amat nipis.

3. Terlalu Menarik Perhatian

Jika anda ingin mendapatkan resume yang bagus, isi kandungan dan format yang kemas dan tepat adalah yang terbaik.

Walaupun menggunakan kertas yang berwarna, atau menggunakan fon, tidak dinafikan resume anda akan dapat menarik perhatian.

Tetapi, itu bukanlah resume yang menepati ciri-ciri untuk anda memohon pekerjaan.

4. Menghisap Rokok

Tabiat buruk ketika temuduga - Menghisap Rokok

Semasa anda sedang menunggu giliran untuk dipanggil temuduga, elakkan sama sekali untuk menghisap rokok.

Ini kerana, ianya akan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan buat semua orang yang berada di situ mahupun kepada penemuduga tersebut.

Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan prestasi anda sebagai calon temuduga akan dinilai dengan sikap negatif.

5. Tidak Mementingkan Kebersihan

Pastikan diri anda sentiasa kemas dan wangi ketika hadir di sesi temuduga. Penampilan yang menarik dapat memberikan aura yang positif dalam diri, mahupun kepada orang sekeliling.

Ini kerana, pandangan pertama yang akan dilihat oleh majikan adalah, bagaimana cara kita berinteraksi dengan mereka.

Cuba anda bayangkan, jika terdapat bau yang kurang menyenangkan, adakah anda dapat berkomunikasi dengan baik? tentu sekali tidak.

6. Lambat Hadirkan Diri Pada Sesi Temuduga

Individu yang sering tepati dan menghargai masa adalah individu yang berjaya. Namun, bagaimana untuk berjaya jika hari pertama sesi temuduga anda sudah lewat untuk hadirkan diri.

Jika anda lewat, ini akan menujukkan bahawa, anda tidak bertanggungjawab dengan peluang yang diberi, tidak menghormati masa dan tidak mengambil hal ini dengan serius.

Majikan pula sudah tentu tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunggu anda. Pastikan anda tiba di lokasi sekurang-kurangnya 15 minit awal sebelum bermula sesi temuduga.

Kelebihan yang anda dapat jika tiba awal adalah, anda tidak akan tergesa-gesa untuk mengejar masa, dan lebih banyak masa untuk anda menyesuaikan diri di lokasi tersebut.

7. Kerap Menggunakan Telefon

Tabiat buruk ketika temuduga - Telefon

Tiba awal semasa sesi temuduga adalah bagus, tetapi jika anda kerap bermain dengan telefon akan menujukkan yang anda sering tidak bersedia untuk ditemuduga.

Sentiasa berhati-hati dengan segala tingkah laku yang anda lakukan. Selain itu, banyak aktiviti lain yang boleh anda lakukan selain bermain dengan telefon.

Ambil peluang dan masa yang ada untuk membaca bahan ilmiah yang disediakan untuk mengelakkan anda kebosanan apabila menunggu.

8. Membawa Barang Yang Tidak Diperlukan

Elakkan membawa barang yang tidak penting semasa sesi temuduga. Apa yang penting adalah, anda perlu membawa resume dan portfolio sahaja.

Barang yang tidak penting adalah seperti, telefon bimbit dan botol air yang akan menyebabkan anda sukar untuk bergerak.

Jika anda ingin membawa telefon bimbit, pastikan ianya dalam keadaan mood senyap atau matikan sahaja supaya tidak menganggu semasa sesi temuduga sedang dijalankan.

9. Berpakaian Tidak Formal

Perkara ini tidak asing lagi bagi kita yang sudah menjadi kebiasaan apabila mengadiri temuduga. Sebelum hadirkan diri, pastikan anda tahu apakah jenis pekerjaan yang anda mohon.

Jika ada memohon untuk bekerja di dalam pejabat, adalah amat penting jika anda berpakaian formal dan kemas. Pandangan pertama daripada majikan amat penting untuk menilai anda dari segi perwatakkan.

10. Bercakap Tanpa Berfikir

Tidak kira dimana anda berada, sentiasa berfikir dahulu ketika mahu mulakan perbualan. Ini adalah kerana, supaya tidak memberikan tanggapan yang negatif buat orang lain.

Semasa sesi temuduga sedang dijalankan, ketika anda di tanya oleh majikan beberapa soalan yang agar sukar, adalah amat penting jika anda berfikir dahulu.

Kata-kata yang baik adalah datangnya dari berfikir dengan bijak. Secara tidak langsung, ini akan membuatkan anda lebih berkeyakinan apabila berkomunikasi.

BACA INI JUGA: Kelayakan Akademik Penting Tapi Bukan Penentu Kecemerlangan Kerjaya

Sumber: Majalahniaga