Mabul Pakej BACKPACKER
1) Tiket kapal terbang
Hanya ada dua penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, MAS dan Air Asia. Tiket paling murah yang anda boleh beli ialah RM99.90 dari Kuala Lumpur ke Tawau. Khas ketika Air Asia buat sale. Masa lain harga ada sikit up lah. Melangganlah dengan promosi AirAsia. Senang dapat notis bila mereka buatsale. Jangan turun di Kota Kinabalu pula ya. Tawau ada lapangan terbang tersendiri.
2) Perjalanan Tawau ke Sempoerna
Di sini, anda punya dua pilihan. Ambil teksi atau kereta sewa terus ke Sempoerna atau tidur satu malam di Tawau. Esok, lepas Subuh baru bertolak ke Sempoerna.
Teksi – RM120++ sehala
Sewa Myvi/SAGA – RM120 sehari
Pilihan ketiga, anda boleh minta hotel/resort di Sempoerna untuk aturkan pickup buat anda terus dari lapangan terbang. Mereka caj ikut kepala. RM40 sehala untuk kadar Scuba Tiger Resort, sebagai contoh.
3) 3 hari 2 malam
Percutian ideal untuk percutian bajet di pulau-pulau Sempoerna adalah 3 hari 2 malam. Kalau banyak duit, cuti seminggu puntak apa. Anda boleh memilih untuk tidur satu malam di Tawau, dan satu malam di Sempoerna atau dua-dua malam di Sempoerna.
Itinerari – Hari pertama sampai, ronda, rehat.
Hari kedua naik pantai (pulau), tidur kepenatan.
Hari ketiga shopping dan pulang ke pangkal jalan.
Hari kedua naik pantai (pulau), tidur kepenatan.
Hari ketiga shopping dan pulang ke pangkal jalan.
4) Day-trip
Untuk dapatkan harga murah, ambil pakejDay-trip atau balik hari. Bot akan bersiap untuk naik ke pulau dalam jam 8 pagi dan pulang jam 5 petang. Cukup gelap badan dahtu, percayalah! Anda boleh melakukan island hopping dalam masa itu, mengikut pakej yang anda ikuti.
Mabul – Kapalai = RM70 sekepala
Bohey Dulang – Sibuan = RM70 sekepala
Mataking – Pompom = RM100 sekepala.
Bohey Dulang – Sibuan = RM70 sekepala
Mataking – Pompom = RM100 sekepala.
Tidak termasuk snorkeling equipment dan makan. Bergantung juga. Tanya pakej yang penganjur aturkan. Ada yang hanya perlu tambah RM10 untuk sewa set snorkeling.
5) Resort atas laut (di pulau) vs tepi laut
Harga hotel tepi laut RM100++ semalam untuk dua orang. Tawau atau Sempoerna, lebih kurang sama harganya.
Harga atas laut (pulau), termasuk bot, snorkeling dan makan ialah RM380 satu kepala, satu malam. Ini pakej bajet. Yang takbajet makan ribu-ribu juga satu malam. Contoh, Pulau Kapalai dan Mataking. Banyak beza harga tu!
6) Makan/minum dan shopping
Ikut bajet yang anda tentukan. Tahapshopping seseorang individu berbeza dari satu sama lain. Tanya sahaja pada penduduk tempatan di mana pasar, mereka akan tunjukkan. Orang Sabah ni mesra dengan pelancong tempatan mahupun luar negara.
Daripada nota di atas, anda boleh kira sendiri bajet untuk bercuti di sini. Tak sampai seribu pun seorang sudah termasuk flight, pulau, hotel, kenderaan, udang dan ketam sebagai makan malam. Kalau datang konvoi dengan kawan-kawan lagi jimat. Boleh berkongsi kos yang ada.
Saya harap nota ini membantu dan bermanfaat. Selamat merancang cuti anda!