Pizza Durian Pizza Hut Jadi Kegilaan Di China! Sedap Ke?
Siapa yang tak sukakan buah durian? Rasanya yang manis dan menusuk kalbu, buatkan ramai yang jadi ‘hantu durian’.
Baru-baru ini Pizza Hut China telah mengeluarkan topping pizza terbaru mereka yang menggunakan durian. Macam pelik je?
Menurut laporan China Real Time, Pizza Hut China mula menguji pizza durian di wilayah Guangdong pada tahun lepas, sebelum dilancarkan di beberapa bandar China yang lain.
Pizza Durian tersebut mendapat reaksi positif daripada pelanggan kerana rasa durian yang tidak terlalu kuat apabila dicampur dengan keju dan adunan pizza.
Sementara itu, 10 wartawan di China turut dijemput untuk mencuba pizza tersebut.
Empat daripada mereka mengatakan ia sangat sedap, tiga wartawan langsung tidak menyukai pizza durian tersebut dan tiga menganggap pizza itu “menarik.”
Pada 2013, sebuah kafe di Shanghai menjual pizza durian dan berjaya menjual lebih kurang 70 pizza sehari.
Sumber :Hanasuva