LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

PASANGAN KAWIN MUDA WAJIB BACA ~ Kahwin Muda? Amalkan 8 Perkara Ini Agar Hubungan Kekal Lama!

Kahwin Muda? Amalkan 8 Perkara Ini Agar Hubungan Kekal Lama!


Banyak kes penceraian di usia muda buatkan golongan muda takut untuk mendirikan rumahtangga.
Tapi, macam mana pula dengan zaman mak ayah kita yang kahwin muda, namun masih lagi kekal bersama sehingga sekarang.
Janganlah kerana kisah orang lain buatkan anda berfikiran negatif tentang kahwin muda.
Pada mereka yang kahwin di usia muda, amalkan 8 perkara ini jika inginkan hubungan kekal lama.

1. Berfikiran matang

10325560Kamu perlu menjadi seorang yang matang berfikir dan rasional. Buang perangai seperti keanak-anakan. Jika ada masalah, duduk bersama pasangan dan fikirkan jalan penyelesaian.

2. Jangan berahsia

a-capture17
Hubungan yang baru setahun jagung sangat rapuh dan mudah runtuh jika ada sikap ‘prasangka’. Jadi, jangan berahsia dengan pasangan hingga buatkan si dia rasa curiga.

3. Luangkan masa macam zaman bercinta

tumblr_no3ahmRraZ1u27r3ro1_500
Kerja, kerja juga tapi masa bersama pasangan perlu diutamakan. Kurang masa bersama beri kesan buruk pada hubungan. Macam mana masa zaman anda bercinta dulu, kekalkan sampai bila-bila.

4. Buang Ego yang tak kemana tu

tumblr_inline_o0eui9mYwW1s5106a_500
Darah muda ni ego sangat tinggi. Tapi, kalau dah bergelar suami isteri, ego tu kena buang jauh-jauh. Tidak kira lelaki atau wanita perlu bertolak ansur dan mengalah.

5. Give and Take

tumblr_mzpufhFf0i1tqs1heo1_500
Banyak hubungan goyang kerana tidak boleh menerima kelemahan pasangan masing-masing. Ingatkan diri sendiri, tiada manusia sempurna. Anda pun banyak kelemahan yang si dia terima.

6. Sabar dan jangan merungut

bridgit-mendler-and-shane-harper-cute-couple-gif
Di awal perkahwinan pasti banyak kekurangan. Karier baru je bermula dan belajar untuk bersabar serta tidak merungut. Susah bersama buatkan anda lebih menghargai satu sama lain.

7. Hidup biar sederhana

giphy
Rasa cemburu lihat kawan-kawan bujang berseronok. Tak ada komitmen dan boleh beli apa je. Tapi sebenarnya mereka juga cemburukan hidup anda yang sudah berumah tangga.

8. Belajar uruskan kewangan

Black-Friday-Cart
Dah tahu gaji anda dan pasangan hanya cukup-cukup makan, belajar untuk uruskan kewangan. Apa yang penting anda perlu berjimat untuk miliki aset penting seperti rumah. Tak ada la asyik makan nasi dengan ikan bilis je.

Sumber : Hanasuva