Siapa sangka pelakon seksi, Lana Nordin dalam diam-diam telah selamat bersalin anak sulung pertama. Malah, perkara ini diketahui oleh umum apabila terserempak dengan Lana dan suami di Singapura bersama anak mereka. Malah, Lana mengakui bahawa dia selamat bersalin pada pertengahan bulan Januari lalu.
Pada awalnya, Lana menjelaskan bahawa dia tiada niat untuk menyembunyikan berita tentang bersalin ini, namun atas permintaan suami Lana terpaksa turuti.
Cahaya mata perempuan Lana ini dilahirkan di hospital swasta di ibu negara dengan berat 4kg. Nama yang diberi ialah Gia Quinn Mckinie. Alahai terbelit-belit lidah nak sebut nama anak Lana ini.
Tapi buat masa sekarang Lana enggan mendedahkan kepada umum gambar anaknya disebabkan beberapa fator yang menjadi kebimbangan mereka. Apapun, apabila tiba masa yang sesuai Lana akan tunjukkan kepada umum anaknya.