LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close
-

Jentera bomba pun kena curi



Jakarta: Polis percaya individu yang melarikan sebuah jentera pemadam api dari sebuah balai bomba di sini semalam adalah tidak siuman atau mabuk.
Jentera berkenaan dilarikan dari sebuah balai bomba di Sudin, Jakarta Timur pada malam semalam sebelum ditemui di Jalan MH Thamrin di Jakarta Tengah.
Kehadiran jentera itu di tengah jalan memeranjatkan orang ramai yang menyertai Hari Tanpa Kenderaan di Jalan MH Thamrin pada pagi semalam.
Gambar jentera berkenaan yang mengganggu laluan orang ramai turut menjadi viral di laman sosial di Indonesia.
Polis kemudian mengesahkan bahawa jentera itu sebenarnya dicuri.
Jurucakap polis Nasriadi berkata, kes kecurian itu pelik kerana mustahil jentera pemadam api menjadi sasaran pencuri.
“Kami masih menyiasat dan memburu suspek yang mencuri jentera ini.
“Kami percaya pencuri ini mungkin gila atau mabuk kerana mencuri jentera itu,” katanya. - Agensi

Sumber : Harian Metro