Idea Kreatif Amalan Kitar Semula
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Idea Kreatif Amalan Kitar Semula: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Barang-barang terbuang dan tidak dipakai masih boleh digunakan semula untuk dijadikan sesuatu benda lain yang menarik dan berguna. Kreativiti kitar semula barang terbuang ini boleh kita lakukan sendiri andai anda rajin dan punya masa terluang.
Walaupun kadangkala agak rumit dan tidak punya kemahiran, namun idea kitar semula ini boleh kita dedahkan kepada anak-anak untuk mereka lakukan sambil belajar menghargai barang-barang terbuang ini.
Aktiviti yang mampu membuka minda serta meningkatkan kemahiran mereka disamping menyemai amalan kitar semula demi menjaga alam sekitar. Bimbingan dan dorongan dari anda semualah yang akan menjadikan amalan kitar semula ini menjadi satu budaya dimasa akan datang.
Walaupun kadangkala agak rumit dan tidak punya kemahiran, namun idea kitar semula ini boleh kita dedahkan kepada anak-anak untuk mereka lakukan sambil belajar menghargai barang-barang terbuang ini.
Aktiviti yang mampu membuka minda serta meningkatkan kemahiran mereka disamping menyemai amalan kitar semula demi menjaga alam sekitar. Bimbingan dan dorongan dari anda semualah yang akan menjadikan amalan kitar semula ini menjadi satu budaya dimasa akan datang.
Idea Kreatif Kitar Semula
Berikut beberapa idea kreatif kitar semula yang boleh dijadikan panduan dan rujukan serta boleh kita lakukan bersama.
Sekeping papan, kain dan kocek seluar jean. Dari bahan-bahan tersebut, maka terhasillah satu tempat menyimpan yang unik di dinding rumah anda.
Bagi penggemar gubahan bunga, pastinya ini merupakan idea kreatif yang tidak asing buat anda. Dengan menggunakan botol terbuang, satu kuntuman bunga yang menarik boleh dihasilkan. Bunga yang sentiasa berkembang dan mudah dijaga!
Ini adalah bekas stationary yang dikitar semula dari disket lama dan keyboard komputer. Zaman telah berubah dan semakin canggih. Semuanya hanya melalui sentuhan di skrin dan usb serta memori kad telah menggantikan zaman disket ini. Daripada dibuang...mungkin dengan cara ini ianya dapat digunakan semula.
Satu lagi bahan terbuang yang boleh anda jadikan bekas stationary ini adalah gelung tisu. Jika dah jadi...pasti ada yang berebut inginkannya!
Peti telivisyen lama ini agak sukar dilihat masa kini. Jika anda masih ada menyimpannya,.. daripada terbiar, anda boleh kitar semula menjadi akuarium atau tempat menyimpan buku dan alatan. Ianya sangat unik dan antik lalu menjadi satu tarikan dan tinggalan kenangan yang bersejarah
Lampu hiasan dari cawan plastik atau kertas |
.
Lampu hiasan dari guli |
Lampu hiasan dari tutup botol |
Kesemua lampu hiasan diatas merupakan antara idea kitar semula yang boleh anda lakukan. Hasilnya memang menarik dan mungkin boleh dijual. Namun perlu ada bimbingan dari mereka yang pakar dalam pendawaian elektrik agar ianya tidak mendatangkan risiko bahaya.
Antara barangan terbuang yang tidak bernilai adalah tayar kenderaan. Jangan sesekali dibakar kerana ianya mencemarkan udara dan asapnya bertoksid. Terbiar merata-rata pula boleh mendatangkan bahaya apabila menjadi sarang untuk nyamuk aedes dan binatang berbisa.
Mungkin idea kreatif kitar semula seperti diatas boleh anda lakukan agar tayar-tayar terbuang ini berguna dan menarik untuk dipandang.
Satu lagi idea kreatif kitar semula botol plastik yang menarik yang boleh kita semua lakukan. Mudah dan senang.
Menyumbang Kepada Amalan Kitar Semula
Semua idea kreatif kitar semula barang terbuang dan terpakai ini boleh anda praktikkan. Seperti yang telah dikatakan diawal-awal tadi, ianya mungkin sukar buat kita yang kurang kemahiran atau tiadanya masa terluang. Namun ia tidak bermakna anda tidak boleh menyumbang kepada amalan kitar semula.
Cukuplah dengan hanya mengumpulkan barang-barang tersebut dan jual. Jika tidak dijual pun, asingkanlah barang-baramg tersebut mengikut jenis dan berikan kepada lori sampah yang mengutip sampah di tempat anda.
Ketahuilah bahawa setiap PBT akan mengambil barangan terbuang yang telah diasingkan ini untuk dihantar di pusat kitar semula, maka anda juga telah menyumbang kepada pengurangan pembuangan sampah domestik dan pemeliharaan alam sekitar!
Jom! kitar semula bersama-sama :
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Idea Kreatif Amalan Kitar Semula
Sumber : Rileksminda