Orangnya memang dah cukup cantik dan lebih manis apabila bertudung.
Baru-baru ini, pelakon Diana Danielle di pilih sebagai wajah baru untuk jenama tudung terkemuka Fareeda sempena mempromosikan koleksi terbaru, ‘Sweet Love By Princess of Persia’.
Manurut Diana, dia begitu teruja dan bersyukur dengan perlantikan sebagai ‘Faces of Fareeda’.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu melepaskan peluang dan kepercayaan yang diberikan serta bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang bakal diterimanya nanti.
Selaku Pengarah Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Mawar Abdul Karim berkata, pemilihan Diana sebagai ‘Faces of Fareeda’ untuk koleksi terbaru ini kerana dia mempunyai rupa yang fotogenik.
Untuk info, koleksi corak Sweet Love ini akan berada di Butik Fareeda Bandar Baru Bangi bermula 3 April ini.
Sumber : Hanasuva