11:01:00
Semasa
Belah perut saudara kerana doktor tidak membantu disebabkan wang!!! Alahai Dunia
Abuja: Seorang wanita terpaksa membelah perut ibu saudaranya yang mati dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan anak selepas doktor enggan.
Wanita warga Cameroon terbabit yang identiti dan usianya masih tidak diketahui meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital, tetapi anak kembar dikandungnya masih hidup dan bergerak di dalam rahimnya.
Doktor dan jururawat enggan membedahnya kerana dia tidak mempunyai wang, walaupun nyawa dua bayi itu semakin terancam.
Disebabkan itu, anak saudaranya terpaksa menggunakan pisau untuk membelah perut mangsa di depan doktor dan jururawat berkenaan, di luar hospital dalam keadaan cuaca panas terik kerana mereka enggan membenarkan mayat mangsa dibawa masuk.
Akibatnya, tempat ‘pembedahan’ dilakukan dipenuhi darah dan kakitangan hospital terpaksa mencuci kawasan berkenaan selepas mayat mangsa dibawa pergi. -
Sumber : Harian Metro