Satu kajian dari China meneliti perkaitan antara tempoh bermain permainan video dengan kepadatan mineral tulang (BMD) di kalangan remaja China. Dapatan kajian menunjukkan remaja dengan lebih lama tempoh permainan video lebih berkemungkinan untuk mempunyai kaki, batang tubuh, pelvik, tulang belakang, dan jumlah BMD yang lebih rendah.
Para penyelidik menyimpulkan bahawa penemuan ini memberikan sebab untuk mengurangkan jangka masa bermain permainan video sebagai cara yang mungkin untuk meningkatkan BMD di kalangan remaja. Walaupun permainan video boleh menyeronokkan, ia tidak sepatutnya menggantikan senaman dan aktiviti fizikal demi untuk kesihatan tulang anda.
Sumber : Jus Oren