Allahuakbar ! Doktor Lakukan Bedah Siasat Pada Mayat Pelajar Tahfiz, Temui Sesuatu Yg Ajaib Di Otaknya !
Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.
Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.
Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.
Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.
Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.
“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.
Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.
“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.
“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.
Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.
“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.
Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.
“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.
Sumber : datangbulanke
Related Posts :
Dulu Muka Berjerawat & Rosak Teruk – Gadis Ini Kongsi Perkara Penting Korang Perlu Jaga Elak Jerawat Muka kusam, tona tak sekata dan berjerawat merupakan salah satu faktor hilangnya keyakinan diri d… Read More...
Akibat Kesempitan Hidup, Ibu Beri 2 Orang Anak Minum Cecair Peluntur Sebelum Gantung Diri Kerana tidak tahan lagi dengan penderitaan ditanggung akibat kesempitan hidup selepas ditinggalkan… Read More...
Promosi Kopi Macam Nak Berperang, Polis Tahan Kenderaan Milik Syarikat Kopi Terkenal Gara-gara mengubahsuai kenderaan kepada replika trak pelancar roket tentera, sebuah kenderaan mili… Read More...
Hasil Siasatan Lanjut Kes 3 Beranak Di Samarahan, Kes Diklasifikasikan Sebagai kes bunuh, Bukan Lagi Bunuh Diri KUCHING: Hasil siasatan lanjut terhadap kes tiga beranak yang dipercayai membunuh diri dan di… Read More...
Status Terbaru Ady Putra Di IG Mengejutkan Orang Ramai ! akhirnya Lelaki Ini Nekad Bongkar Rahsia Sebenar Di Sebalik Perkahwinan Ady Putra Dan Mengapa Dia Bercuti Dengan Bukan Isteri Barunya... Selepas membatalkan majlis sambutan Aidilfitri bersama kelab peminat, kini muncul pula sekep… Read More...