5 Rahsia Kecantikan Kajol Untuk Kulit Cerah & Kekal Menawan!
Bintang Bollywood terkenal, Kajol, nyata memiliki aura dan pesonanya sendiri sehingga mampu mencuri perhatian ramai dengan penampilannya yang menawan.
Kemunculan Kajol menerusi filem ‘Diwale’ bersama pasangan serasinya sejak dua dekad lalu, Shah Rukh Khan, berjaya mencetuskan fenomena apabila filem arahan Rohit Shetty mendapat sambutan hebat.
Bukan itu saja, penonton juga terkesima menyaksikan rupa paras Kajol yang semakin cantik dan seperti tidak dimamah usia.
Mesti ramai nak tahu, apa rahsia kecantikan atau tips yang diamalkan oleh Kajol.
1. Lakukan senaman ketat selepas melahirkan
Ibu kepada dua cahaya mata ini mengakui selepas melahirkan anak, berat badannya naik mendadak. Namun, dia nekad untuk mendapatkan bentuk badan yang asal dan berjaya menurunkan sebanyak 18 kilogram.
2. Elak dari terdedah sinaran matahari
Melihat kulit wajahnya yang makin cerah, ada yang mendakwa aktres ini melakukan pembedahan melanin atau skin melanin surgery namun ia disangkal. Ujar Kajol, tona kulitnya makin cerah berbanding dahulu kerana dia mengelak dari terkena sinaran matahari.
“10 tahun saya bekerja berlakon di bawah terik mentari membuatkan kulit saya gelap. Kini saya tak lagi bekerja begitu, sebaliknya lebih banyak berada di rumah jadi kulit saya makin putih. Ia bukan kerana pembedahan,” ujarnya dalam Flimibeat.
3. Menjaga pemakanan & tidak makan makanan segera
Kajol juga menitik beratkan pola pemakanan dan tidak menyentuh makanan segera atau kudapan yang tidak menyihatkan. Dia percaya, pengambilan makanan berkhasiat dapat membekalkan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan.
4. Minum air secukupnya
Untuk dapatkan kulit yang kekal cantik dan awet muda, pengambilan air sangat penting. Kajol mengamalkan minum air putih sebanyak 9 hingga 10 gelas sehari.
5. Cukup tidur
Ini antara rahsianya untuk kekal segar dan kekal muda. Ujar kajol, dia akan pastikan untuk mendapat tidur yang cukup antara 8 hingga 10 jam sehari.
“Saya tidurkan anak pada jam 9.30 malam dan saya sendiri akan lena selepas mereka melelapkan mata. Saya tidak berjaga lewat malam dan tidak menghadiri parti. Jika ada kerja malam, sebaik selesai saya akan terus pulang.
Sumber via Berita Harian & Vanilla Kismis